Tuesday 24 April 2012

Senarai Aktiviti MPP

Perhimpunan rasmi akhir sesi jan - jun 2012

Assalamualaikum wbt

Kolej Profesional Mara Bandar Penawar (KPMBP) melalui MPP telah mengadakan perhimpunan kali terakhir sesi jan - jun 2012. Perhimpunan rasmi ini bertujuan menyampaikan amanat akhir sebelum peperiksaan akhir berlangsung.

Salah satu agenda dalam perhimpunan ini adalah Sambutan Hari Inovasi KPMBP bagi penggal pertama 2012. Terdapat satu bertandingan inovasi bagi semua unit di KPMBP. Ini bertujuan menggalakkan budaya kreatif dan berinovasi di kalangan pensyarah, staff pentadbiran dan pelajar-pelajar KPMBP. Pelbagai idea-idea telah di kemukakan. Termasuklah daripada barisan MPP sendiri yang memenangi kategori pelajar. MPP telah mengemukan beberapa inovasi baru iaitu :

  1. Hotline MPP
  2. Kupon Makan untuk pelajar kurang berkemampuan
  3. Blog MPP
  4. Kebudayaan Pelajar.

Antara inovasi lain adalah "Ceria bersama teknologi Hijau" yang di bentangkan daripada pihak pentadbiran dan segali gus menggondol tempat pertama. Tempat kedua dimenangi oleh jabatan pengurusan perniagaan yang menyumbangkan idea "perkongsian lawatan industri".


Selain daripada sambutan hari inovasi, telah juga berlangsung penyampaian hadiah bagi aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan Mac di KPMBP iaitu daripada jabatan pengajian Am, unit Ko-Q, unit kerohanian kolej, MPP dan jabatan pengurusan perniagaan.

Terima kasih diucapkan kepada semua barisan MPP yang memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan perhimpunan pada kali ini. Tidak lupa juga kepada semua yang turut membantu dalam kelancaran majlis ini.

Sekian,

Sebahagian gambar: